Kebaikan HALIA Untuk Ibu Selepas Bersalin
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, halia dapat mengurangkan berat badan serta boleh membuang angin dan lemak yang terkandung di dalam badan. Selain itu, halia dapat menghilangkan bau mulut. Halia juga telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun dahulu. Halia dapat melancarkan peredaran darah seseorang dan lebih menarik lagi halia dapatmenurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga dapat membantu sistem penghadaman manusia.
Tahukah Anda?
~ Pati air halia boleh disediakan pada minggu ke36 hingga 38 kehamilan.
~ Air halia bagus untuk mengurangkan angin dan menghangatkan badan. Ibu berpantang disarankan minum tiga cawan air halia sehari.
~ Jangan minum terlalu banyak air halia kerana boleh menyebabkan badan terlalu panas seterusnya memberi kesan kepada susu badan dan bayi yang menyusu.
Air Halia
Bahan-Bahan:
Halia sebesar tapak tangan, 2.5 liter air, gula kabung secukup rasa, 2 biji bunga cengkih, sehelai daun pandan jika suka.
Cara Membuat:
1. Ketuk halia dan rebus sampai menggelegak.
2. Kecilkan api, renehkan rebusan sehingga menjadi satu liter air sahaja. Selepas sejuk, simpan pati di dalam botol. Tuang sedikit pati dan dicampurkan dengan air. Sedia untuk diminum sepanjang tempoh berpantang.
Selamat Mencuba.
~10 Health Benefits of Ginger~
1. Ovarian cancer treatment
2. Colon cancer prevention
3. Morning sickness relief
4. Motion sickness remedy
5. Reduces pain and inflammation
6. Heartburn relief
7. Prevention of diabetic nephropathy
8. Migraine relief
9. Menstrual cramp relief
10. Cold and flu prevention



No comments:
Post a Comment