Sunday, September 22, 2013
Tahukah Anda, apa itu antioksidan Glutathione?
Tahukah Anda, apa itu antioksidan Glutathione?
Glutathione ini merupakan protein yang secara semulajadi dikeluarkan di dalam sistem tubuh yang sangat berperanan penting dalam sistem kekebalan tubuh dan juga pembentukan semula sel.
Selain itu, Glutathione juga berperanan sangat baik sebagai antioksidan dan antitoksin. Glutathione ini merupakan salah satu antioksidan terbaik yang hanya diproduksi oleh tubuh secara semulajadi.
Dalam Glutathione ini terdapat 3 acid amino yakni cycteine, glutamate, dan juga glysine. Zat ini sangat diperlukan oleh tubuh sebab tanpa Glutathione, antioksidan lainnya seperti vitamin C dan E tak akan mampu bekerja secara optimum.
Sebab itu jika kita banyak makan vitamin C tapi tanpa Glutathione yang cukup Vitamin C yang kita ambil tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai Vitamin C.
Itulah sebabnya Glutathione ini sering disebut sebagai master antioksidan yang mengatur dan memiliki efek terhadap antioksidan lainnya untuk memiliki fungsi sebagaimana sepatutnya.
Tuesday, September 17, 2013
ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...
ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Share kepada semua , biar semua tahu...
Subscribe to:
Posts (Atom)

